Sunday, 19 April 2015

KEMPEN SPBT 2015

Kempen SPBT dijalankan pada 16 Februari 2015. Antara pengisian aktiviti tersebut ialah penerangan penjagaan buku teks,perlantikan dan penyerahan watika pengawas SPBT,bacaan ikrar dan pemantauan buku kali pertama. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan dan kelas-kelas.

PN NORIJAH B SATARIS BERSAMA PENGAWAS SPBT

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SPBT

TAKLIMAT DAN PENERANGAN SPBT KEPADA MURID-MURID


SPOT CHECK BUKU TEKS OLEH PENGAWAS SPBT

SPOT CHECK BUKU TEKS OLEH PENGAWAS SPBT

IKRAR SPBT 


BENGKEL PENGISIAN BUKU STOK

Bengkel pengisian buku stok SPBT dijalankan pada 10 Februari 2015.Bengkel ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa SPBT yang bertujuan untuk merekod masuk dan keluar buku-buku teks. 



PEMPROSESAN BUKU




MINGGU SPBT 2014

Minggu SPBT ini dijalankan mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela iaitu pada 21-25 April 2014.Antara aktivitinya ialah pemantauan buku,melukis poster kulit buku tahap, mewarna poster untuk murid tahap satu dan pertandingan membalut buku tercantik.




SEJARAH SPBT SKDML

Sejarah penubuhan SPBT sekolah ini bermula pada tahun 1975. Pada tahun sebelum itu buku-buku teks dibeli oleh penjaga, namun selepas tahun itu pihak Kementerian Pendidikan telah membekalkan buku teks mengikut kelayakkan penjaga.Pada peringkat awalnya, bilik BOSS hanya sebuah bilik stor kecil di tingkat bawah di bangunan Blok D sekolah.  Namun, kini bilik tersebut bertukar menjadi bilik stor Unit Berunifom.

        Pada tahun  1990 Cikgu Zahara ditugaskan untuk mengendalikan urusan SPBT,namun pada tahun 1995 pula cikgu zahara  berpindah ke sekolah lain dan selepas itu cikgu Noraini bt Buang pula mengambil alih pengurusan SPBT.
            

                
                                Cikgu Noraini binti Buang

Cikgu Noraini dengan kerjasama yang padu antara pentadbir dan jawatankuasa SPBT  telah dapat mengurus SPBT dengan jayanya. Di mana ia sangat  berjasa besar dalam mengurus pengurusan SPBT terutamanya  dari segi pengurusan fail dan sistem pelupusan dengan sempurna.Namun pada tahun 1997 pula Cikgu Noraini pula diperlukan oleh pihak sekolah untuk bertugas mengurus unit lain.

          






 Cikgu Norashimah binti Tamsi
                        

                 Selepas itu, Cikgu Norhasimah binti Tamsi pula ditugaskan untuk menguruskan SPBT. Cikgu Norhasimah telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Ia telah meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru sebelumnya. Cikgu Norhasimah telah memulakan langkah di bidang keceriaan. Ketika itu bilik SPBT bertukar wajah dengan kecerian yang dilakukan. Carta-carta dan maklumat berkaitan SPBT juga dipamerkan sebagai panduan.
Pada tahun 1998, sebuah bilik pengurusan SPBT yang dikenali sebagai BOSS (Bilik Operasi SPBT Sekolah) pula telah diwujudkan di tingkat tiga bangunan G iaitu bersebelahan dengan padang sekolah berikutan pembinaan bangunan sekolah tambahan.Manakala bilik stor penyimpanan buku pelupusan ketika itu kekal dibangunan C. Oleh itu, pada ketika ini, Bilik BOSS  mempunyai sebuah bilik stor SPBT dan sebuah bilik BOSS.  Bilik stor SPBT digunakan untuk menyimpan buku teks SPBT untuk dilupuskan manakala bilik BOSS digunakan untuk  urusan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT serta hal-hal pengurusan SPBT.

                               
           


        
                         


                       Ustazah Norijah binti Sataris

 Pada tahun 2001 Ustazah Norijah binti Sataris pula telah ditugaskan untuk mengendalikan pengurusan SPBT.
Pada masa tersebut juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah sistem kelayakan pinjaman buku iaitu semua murid adalah berkelayakkan menerima buku teks tanpa mengira kelayakkan pendapatan ibubapa atau penjaga.Berikutan itu, pengurusan buku semakin bertambah namun atas kerjasama yang erat antara pentadbir dan jawatankuasa spbt segala pengurusan dapat berjalan dengan lancar bertambah lagi dengan memperkenalkan sistem eSPBT.Meskipun bilik BOSS berada di tingkat atas namun ia amat popular di kalangan guru dan murid.Ini adalah bilik ini bukan sahaja untuk pengurusan spbt tetapi ia juga sebagai ruang rehat yang selesa.
       Sebagaimana cikgu Noraini,Ustazah Norijah juga diperlukan bertugas ke unit lain ,justeru itu pengurusan SPBT pula  di ambil alih oleh Ustazah Afizah binti Rasikun pada tahun 2004.
                             


              Ustazah Afizah binti Rasikun

             Memandangkan bilik BOSS yang tidak sesuai dibangunan lama, Ustazah Afizah dan AJK SPBT merayu kepada pihak pentadbiran agar bilik BOSS di pindahkan ke tingkat bawah. Pihak pentadbir telah meluluskan dan menempatkan bilik BOSS  di bangunan blok E  manakala bilik pelupusan pula masih dikekalkan di blok B. Ketika itu sisTEKS mula diperkenalkan (penggunaan barkod) .Oleh itu pihak pengurusan SPBT telah Berjaya berusaha mendapatkan sebuah computer dan pencetak untuk melicinkan pengurusan SPBT. Kini bilik tersebut telah diambil alih oleh kelas pendidikan khas.
    

                          Kelas pendidikan khas


 Cikgu Siti Hazar Jiman
Pada tahun 2008 pula, pengurusan SPBT berpindah tangan kepada cikgu Siti Hazar binti Jiman. Cikgu Hazar telah meneruskan pengurusan SPBT sebagaimana guru-guru sebelumnya.Pada tahun tersebut sistem eMATEKS pula diperkenalkan. Sistem ini merupakan sebagai kemudahan pelaporan buku-buku yang telah diterima kepada pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) secara atas talian. Sistem ini masih digunapakai sehingga sekarang.Selain itu Cikgu Hazar juga telah menyumbang besar terutama dalam mengemaskini buku-buku stok dan sistem fail spbt. Ketika itu sekali lagi bilik BOSS berpindah ke blok C.

                              

      Sebagaimana kebiasaan, pihak sekolah telah menukarkan jawatankuasa kepada individu yang berbeza setelah beberapa tahun .Cikgu Hazar juga  tidak terkecuali. Ia diperlukan oleh pihak sekolah ke sesi petang sebagai penyelaras aliran tahun satu dan tempatnya pula diganti oleh Cikgu Junaida binti Johari pada tahun 2010. Cikgu Junaida juga berjasa besar kepada jawatankuasa SPBT sekolah.Ia telah menguatkuasakan penggunaan buku-buku pinjaman dengan kerap dan memantau keadaan fizikal buku di tangan murid.Ini menyebabkan kerosakan buku semakin berkurangan .Namun, Cikgu Junaida tidak dapat meneruskan usaha-usahanya kerana telah dipindahkan sekolah dengan sebab perpindahan mengikut opsyen iaitu Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.
                        

                            Cikgu Junaida bt Johari

           Pada tahun 2011 pula, pengurusan SPBT diambil alih oleh Ustazah Siti Aisyah. Semasa pengurusan  spbt oleh Ustazah Siti Aisyah berlaku perubahan besar terutama dari segi struktur bilik BOSS. Ia telah memohon kepada pihak pentadbir untuk mengubahsuai bilik BOSS iaitu menambah tail dan membina bilik pelupusan dalam bilik BOSS. Berikutan itu bilik pelupusan lama telah dipindahkan ke bilik BOSS yang baru.Justeru itu pengurusan SPBT semakin mudah dijalankan.

                             

          Ustazah Siti Aishah binti Kamardin

               Setelah setahun,iaitu pada tahun 2012 Ustaz Abu Bakar bin Masom pula telah ditugaskan  mengurus SPBT. Ustaz Abu Bakar telah meneruskan usaha-usaha pengurusan spbt dengan baik.Ketika itu sisitem eGOOGLE  diperkenalkan.Sistem ini merupakan sebuah laman  untuk memudahkan guru SPBT berhubung dengan guru SPBT sekolah lain mengenai apa-apa maklumat SPBT seperti maklumat lebihan dan kekurangan buku untuk diambil pakai.
Ustaz Abu Bakar bin Masom

       Pada tahun 2014, sekali lagi Ustazah Norijah binti Sataris sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bilik BOSS. Lokasi bilik BOSS masih dikekalkan sehingga sekarang.

DASAR KELAYAKAN SPBT


DASAR KELAYAKAN SPBT

Pemberian pinjaman buku teks SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.Dasar kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT.


             Pada 7 September 2007,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan dan SAR berkuat kuasa mulai 1 Januari  2008 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil .11/2007-Lampiran 1)      

Pengenalan

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. Pada mulanya SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.  Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.

         Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan  pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira  taraf  kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan  diagihkan kepada semua murid khususnya.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF SPBT


MATLAMAT SPBT

Memastikan semua murid warganegara Malaysia di Sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SAR dapat menikmati pendidikan percuma melalui SPBT.

OBJEKTIF

●  Meringankan beban keewangan yang ditanggung oleh
    ibubapa atau penjaga
● Memastikan murid warganegara Malaysia menerima buku

    teks SPBT pada hari pertama sesi baru persekolahan bermula.