Sejarah ringkas Sekolah
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Bukit Cherakah
yang ditubuhkan pada 1921.Pada peringkat awal penubuhan bangunan ini tidak
sempurna.Ia hanya dibuat daripada kayu,bertiang nibung dan beratap zing. Jumlah
muridnya tidak ramai iaitu 20 orang sahaja.
Sekolah ini
semakin berkembang pada tahun 1929. Sebuah bangunan yang mengandungi dua bilik
darjah,sebuah bilik guru dan sebuah bilik bacaan telah didirikan.Bangunan ini
dibuat daripada bangunan batu, papan,dinding bertam yang dianyam dan beratap
zing. Jumlah muridnya bertambah menjadi 62 orang. Pada tahun 1929 sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan
Bukit Cherakah. Kesedaran kepada pendidikan di kalangan penduduk masyarakat
setempat menjadikan jumlah murid meningkat menjadi 200 orang dari tahun 1920
sehingga 1940an.
Pada tahun
1965,bangunan yang ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai lalu pihak
sekolah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Pada tahun 1969 sekali
lagi nama sekolah bertukar iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.Ia
adalah cadangan dari salah satu lembaga pengurus sekolah.Ia adalah diambil nama
sempena nama Orang Besar Jeram. Penukaran ini adalah bagi mencari identiti
kelima-lima kampung yang ada iaitu Kampung Bukit Cherakah, Kampung Bukit
Kuching Tengah,Kampung Bukit Kuching Hilir, Kampung Bukit Hijau dan Kampung
Parit Mahang di mana muridnya juga datangnya dari kelima-lima kampung ini.
Pada tahun
1970 bangunan dua tingkat telah didirikan . Bangunan ini terdiri dari empat
bilik darjah,sebuah bilik guru,sebuah stor dan sebuah pejabat, Namun bangunan
ini juga tidak dapat menampung jumlah murid seramai 1271 untuk menampung satu
sesi persekolahan. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan
Negara dan Luar Bandar En Ghafar bin Baba pada hari sabtu bersamaan 28 ogos
1971.
Sepuluh tahun kemudian
iaitu pada tahun 1980 sebuah bangunan yang mengandungi 5 bilik darjah dan dua
bilik tandas murid telah didirikan. Pada masa yang sama juga sekolah ini
mendapat sebuah bangunan kantin. Pada tahun 1987 sekolah ini telah mendapat
bantuan bangunan sekolah sementara yang bernilai RM50,000 .Bangunan ini
menempatkan sebuah surau,sebuah bilik muzik dan sebuah bilik Pusat Sumber
Sekolah. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1989 pihak sekolah mendapat
bantuan bangunan sementara yang memuatkan lima bilik darjah .Pada tahun 1985
murid-murid sekolah ini telah berkurangan kerana murid dari penduduk Kampung
Parit Mahang dan penduduk sekitarnya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan
Kampung Parit Mahang yang baru ditubuhkan.
UPDATE PLS
ReplyDeletetak sangka sekolah dato dah 100 tahun dh🥰
ReplyDelete