DASAR
KELAYAKAN SPBT
Pemberian
pinjaman buku teks SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan
oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.Dasar
kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada murid itu layak atau tidak
layak menerima pinjaman buku teks SPBT.
Pada 7 September 2007,Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan
peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa
mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua
sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan dan SAR berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil .11/2007-Lampiran
1)
Pengenalan
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan
pada tahun 1975. Pada mulanya SPBT merupakan satu program pinjaman buku
teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar
Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar
Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak
atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan
pada borang SPBT 1.
Program SPBT
asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada
keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun,
bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku
teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira
taraf kewangan keluarga. Justeru,
keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan
setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid khususnya.
No comments:
Post a Comment