Sejarah penubuhan SPBT
sekolah ini bermula pada tahun 1975. Pada tahun sebelum itu buku-buku teks
dibeli oleh penjaga, namun selepas tahun itu pihak Kementerian Pendidikan telah
membekalkan buku teks mengikut kelayakkan penjaga.Pada peringkat awalnya, bilik BOSS
hanya sebuah bilik stor kecil di tingkat bawah di bangunan Blok D sekolah. Namun, kini bilik tersebut bertukar menjadi
bilik stor Unit Berunifom.
Pada
tahun 1990 Cikgu Zahara ditugaskan untuk
mengendalikan urusan SPBT,namun pada tahun 1995 pula cikgu zahara berpindah ke sekolah lain dan selepas itu
cikgu Noraini bt Buang pula mengambil alih pengurusan SPBT.
Cikgu Noraini
binti Buang
Cikgu Noraini dengan kerjasama yang padu antara pentadbir dan jawatankuasa SPBT telah dapat mengurus SPBT dengan jayanya. Di mana ia sangat berjasa besar dalam mengurus pengurusan SPBT terutamanya dari segi pengurusan fail dan sistem pelupusan dengan sempurna.Namun pada tahun 1997 pula Cikgu Noraini pula diperlukan oleh pihak sekolah untuk bertugas mengurus unit lain.
Cikgu Norashimah binti Tamsi
Selepas itu, Cikgu Norhasimah binti Tamsi pula ditugaskan untuk menguruskan SPBT. Cikgu Norhasimah telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Ia telah meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru sebelumnya. Cikgu Norhasimah telah memulakan langkah di bidang keceriaan. Ketika itu bilik SPBT bertukar wajah dengan kecerian yang dilakukan. Carta-carta dan maklumat berkaitan SPBT juga dipamerkan sebagai panduan.
Pada tahun 1998, sebuah
bilik pengurusan SPBT yang dikenali sebagai BOSS (Bilik Operasi SPBT Sekolah)
pula telah diwujudkan di tingkat tiga bangunan G iaitu bersebelahan dengan
padang sekolah berikutan pembinaan bangunan sekolah tambahan.Manakala bilik
stor penyimpanan buku pelupusan ketika itu kekal dibangunan C. Oleh itu, pada
ketika ini, Bilik BOSS mempunyai sebuah
bilik stor SPBT dan sebuah bilik BOSS. Bilik stor SPBT digunakan untuk
menyimpan buku teks SPBT untuk dilupuskan manakala bilik BOSS digunakan
untuk urusan pinjaman dan pemulangan
buku teks SPBT serta hal-hal pengurusan SPBT.
Ustazah Norijah binti
Sataris
Pada tahun 2001 Ustazah Norijah binti Sataris pula telah ditugaskan untuk mengendalikan pengurusan SPBT.
Pada masa tersebut juga pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah sistem kelayakan pinjaman buku
iaitu semua murid adalah berkelayakkan menerima buku teks tanpa mengira
kelayakkan pendapatan ibubapa atau penjaga.Berikutan itu, pengurusan buku
semakin bertambah namun atas kerjasama yang erat antara pentadbir dan
jawatankuasa spbt segala pengurusan dapat berjalan dengan lancar bertambah lagi
dengan memperkenalkan sistem eSPBT.Meskipun bilik BOSS berada di tingkat atas
namun ia amat popular di kalangan guru dan murid.Ini adalah bilik ini bukan
sahaja untuk pengurusan spbt tetapi ia juga sebagai ruang rehat yang selesa.
Sebagaimana cikgu Noraini,Ustazah
Norijah juga diperlukan bertugas ke unit lain ,justeru itu pengurusan SPBT pula
di ambil alih oleh Ustazah
Afizah binti Rasikun pada tahun 2004.
Ustazah Afizah
binti Rasikun
Memandangkan bilik BOSS yang tidak
sesuai dibangunan lama, Ustazah Afizah dan AJK SPBT merayu kepada pihak
pentadbiran agar bilik BOSS di pindahkan ke tingkat bawah. Pihak pentadbir
telah meluluskan dan menempatkan bilik BOSS
di bangunan blok E manakala bilik
pelupusan pula masih dikekalkan di blok B. Ketika itu sisTEKS mula
diperkenalkan (penggunaan barkod) .Oleh itu pihak pengurusan SPBT telah Berjaya
berusaha mendapatkan sebuah computer dan pencetak untuk melicinkan pengurusan
SPBT. Kini bilik tersebut telah diambil alih oleh kelas pendidikan khas.
Kelas pendidikan khas
Cikgu Siti Hazar Jiman
Pada tahun 2008 pula,
pengurusan SPBT berpindah tangan kepada cikgu Siti Hazar binti Jiman. Cikgu
Hazar telah meneruskan pengurusan SPBT sebagaimana guru-guru sebelumnya.Pada
tahun tersebut sistem eMATEKS pula diperkenalkan. Sistem ini merupakan sebagai
kemudahan pelaporan buku-buku yang telah diterima kepada pihak PPD (Pejabat
Pelajaran Daerah) secara atas talian. Sistem ini masih digunapakai sehingga
sekarang.Selain itu Cikgu Hazar juga telah menyumbang besar terutama dalam
mengemaskini buku-buku stok dan sistem fail spbt. Ketika itu sekali lagi bilik
BOSS berpindah ke blok C.
Sebagaimana kebiasaan, pihak sekolah telah
menukarkan jawatankuasa kepada individu yang berbeza setelah beberapa tahun
.Cikgu Hazar juga tidak terkecuali. Ia
diperlukan oleh pihak sekolah ke sesi petang sebagai penyelaras aliran tahun
satu dan tempatnya pula diganti oleh Cikgu Junaida binti Johari pada tahun
2010. Cikgu Junaida juga berjasa besar kepada jawatankuasa SPBT sekolah.Ia
telah menguatkuasakan penggunaan buku-buku pinjaman dengan kerap dan memantau
keadaan fizikal buku di tangan murid.Ini menyebabkan kerosakan buku semakin
berkurangan .Namun, Cikgu Junaida tidak dapat meneruskan usaha-usahanya kerana
telah dipindahkan sekolah dengan sebab perpindahan mengikut opsyen iaitu Pra
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.
Cikgu Junaida bt
Johari
Pada tahun 2011 pula, pengurusan
SPBT diambil alih oleh Ustazah Siti Aisyah. Semasa pengurusan spbt oleh Ustazah Siti Aisyah berlaku
perubahan besar terutama dari segi struktur bilik BOSS. Ia telah memohon kepada
pihak pentadbir untuk mengubahsuai bilik BOSS iaitu menambah tail dan membina
bilik pelupusan dalam bilik BOSS. Berikutan itu bilik pelupusan lama telah
dipindahkan ke bilik BOSS yang baru.Justeru itu pengurusan SPBT semakin mudah
dijalankan.
Ustazah Siti Aishah binti Kamardin
Setelah setahun,iaitu pada tahun
2012 Ustaz Abu Bakar bin Masom pula telah ditugaskan mengurus SPBT. Ustaz Abu Bakar telah
meneruskan usaha-usaha pengurusan spbt dengan baik.Ketika itu sisitem eGOOGLE diperkenalkan.Sistem ini merupakan sebuah
laman untuk memudahkan guru SPBT
berhubung dengan guru SPBT sekolah lain mengenai apa-apa maklumat SPBT seperti
maklumat lebihan dan kekurangan buku untuk diambil pakai.
Ustaz Abu Bakar bin Masom
Pada tahun 2014, sekali lagi Ustazah
Norijah binti Sataris sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menguruskan
bilik BOSS. Lokasi bilik BOSS masih dikekalkan sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment