Sunday, 19 April 2015

KEMPEN SPBT 2015

Kempen SPBT dijalankan pada 16 Februari 2015. Antara pengisian aktiviti tersebut ialah penerangan penjagaan buku teks,perlantikan dan penyerahan watika pengawas SPBT,bacaan ikrar dan pemantauan buku kali pertama. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan dan kelas-kelas.

PN NORIJAH B SATARIS BERSAMA PENGAWAS SPBT

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SPBT

TAKLIMAT DAN PENERANGAN SPBT KEPADA MURID-MURID


SPOT CHECK BUKU TEKS OLEH PENGAWAS SPBT

SPOT CHECK BUKU TEKS OLEH PENGAWAS SPBT

IKRAR SPBT 


BENGKEL PENGISIAN BUKU STOK

Bengkel pengisian buku stok SPBT dijalankan pada 10 Februari 2015.Bengkel ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa SPBT yang bertujuan untuk merekod masuk dan keluar buku-buku teks. 



PEMPROSESAN BUKU




MINGGU SPBT 2014

Minggu SPBT ini dijalankan mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela iaitu pada 21-25 April 2014.Antara aktivitinya ialah pemantauan buku,melukis poster kulit buku tahap, mewarna poster untuk murid tahap satu dan pertandingan membalut buku tercantik.




SEJARAH SPBT SKDML

Sejarah penubuhan SPBT sekolah ini bermula pada tahun 1975. Pada tahun sebelum itu buku-buku teks dibeli oleh penjaga, namun selepas tahun itu pihak Kementerian Pendidikan telah membekalkan buku teks mengikut kelayakkan penjaga.Pada peringkat awalnya, bilik BOSS hanya sebuah bilik stor kecil di tingkat bawah di bangunan Blok D sekolah.  Namun, kini bilik tersebut bertukar menjadi bilik stor Unit Berunifom.

        Pada tahun  1990 Cikgu Zahara ditugaskan untuk mengendalikan urusan SPBT,namun pada tahun 1995 pula cikgu zahara  berpindah ke sekolah lain dan selepas itu cikgu Noraini bt Buang pula mengambil alih pengurusan SPBT.
            

                
                                Cikgu Noraini binti Buang

Cikgu Noraini dengan kerjasama yang padu antara pentadbir dan jawatankuasa SPBT  telah dapat mengurus SPBT dengan jayanya. Di mana ia sangat  berjasa besar dalam mengurus pengurusan SPBT terutamanya  dari segi pengurusan fail dan sistem pelupusan dengan sempurna.Namun pada tahun 1997 pula Cikgu Noraini pula diperlukan oleh pihak sekolah untuk bertugas mengurus unit lain.

          






 Cikgu Norashimah binti Tamsi
                        

                 Selepas itu, Cikgu Norhasimah binti Tamsi pula ditugaskan untuk menguruskan SPBT. Cikgu Norhasimah telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Ia telah meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru sebelumnya. Cikgu Norhasimah telah memulakan langkah di bidang keceriaan. Ketika itu bilik SPBT bertukar wajah dengan kecerian yang dilakukan. Carta-carta dan maklumat berkaitan SPBT juga dipamerkan sebagai panduan.
Pada tahun 1998, sebuah bilik pengurusan SPBT yang dikenali sebagai BOSS (Bilik Operasi SPBT Sekolah) pula telah diwujudkan di tingkat tiga bangunan G iaitu bersebelahan dengan padang sekolah berikutan pembinaan bangunan sekolah tambahan.Manakala bilik stor penyimpanan buku pelupusan ketika itu kekal dibangunan C. Oleh itu, pada ketika ini, Bilik BOSS  mempunyai sebuah bilik stor SPBT dan sebuah bilik BOSS.  Bilik stor SPBT digunakan untuk menyimpan buku teks SPBT untuk dilupuskan manakala bilik BOSS digunakan untuk  urusan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT serta hal-hal pengurusan SPBT.

                               
           


        
                         


                       Ustazah Norijah binti Sataris

 Pada tahun 2001 Ustazah Norijah binti Sataris pula telah ditugaskan untuk mengendalikan pengurusan SPBT.
Pada masa tersebut juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah sistem kelayakan pinjaman buku iaitu semua murid adalah berkelayakkan menerima buku teks tanpa mengira kelayakkan pendapatan ibubapa atau penjaga.Berikutan itu, pengurusan buku semakin bertambah namun atas kerjasama yang erat antara pentadbir dan jawatankuasa spbt segala pengurusan dapat berjalan dengan lancar bertambah lagi dengan memperkenalkan sistem eSPBT.Meskipun bilik BOSS berada di tingkat atas namun ia amat popular di kalangan guru dan murid.Ini adalah bilik ini bukan sahaja untuk pengurusan spbt tetapi ia juga sebagai ruang rehat yang selesa.
       Sebagaimana cikgu Noraini,Ustazah Norijah juga diperlukan bertugas ke unit lain ,justeru itu pengurusan SPBT pula  di ambil alih oleh Ustazah Afizah binti Rasikun pada tahun 2004.
                             


              Ustazah Afizah binti Rasikun

             Memandangkan bilik BOSS yang tidak sesuai dibangunan lama, Ustazah Afizah dan AJK SPBT merayu kepada pihak pentadbiran agar bilik BOSS di pindahkan ke tingkat bawah. Pihak pentadbir telah meluluskan dan menempatkan bilik BOSS  di bangunan blok E  manakala bilik pelupusan pula masih dikekalkan di blok B. Ketika itu sisTEKS mula diperkenalkan (penggunaan barkod) .Oleh itu pihak pengurusan SPBT telah Berjaya berusaha mendapatkan sebuah computer dan pencetak untuk melicinkan pengurusan SPBT. Kini bilik tersebut telah diambil alih oleh kelas pendidikan khas.
    

                          Kelas pendidikan khas


 Cikgu Siti Hazar Jiman
Pada tahun 2008 pula, pengurusan SPBT berpindah tangan kepada cikgu Siti Hazar binti Jiman. Cikgu Hazar telah meneruskan pengurusan SPBT sebagaimana guru-guru sebelumnya.Pada tahun tersebut sistem eMATEKS pula diperkenalkan. Sistem ini merupakan sebagai kemudahan pelaporan buku-buku yang telah diterima kepada pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) secara atas talian. Sistem ini masih digunapakai sehingga sekarang.Selain itu Cikgu Hazar juga telah menyumbang besar terutama dalam mengemaskini buku-buku stok dan sistem fail spbt. Ketika itu sekali lagi bilik BOSS berpindah ke blok C.

                              

      Sebagaimana kebiasaan, pihak sekolah telah menukarkan jawatankuasa kepada individu yang berbeza setelah beberapa tahun .Cikgu Hazar juga  tidak terkecuali. Ia diperlukan oleh pihak sekolah ke sesi petang sebagai penyelaras aliran tahun satu dan tempatnya pula diganti oleh Cikgu Junaida binti Johari pada tahun 2010. Cikgu Junaida juga berjasa besar kepada jawatankuasa SPBT sekolah.Ia telah menguatkuasakan penggunaan buku-buku pinjaman dengan kerap dan memantau keadaan fizikal buku di tangan murid.Ini menyebabkan kerosakan buku semakin berkurangan .Namun, Cikgu Junaida tidak dapat meneruskan usaha-usahanya kerana telah dipindahkan sekolah dengan sebab perpindahan mengikut opsyen iaitu Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.
                        

                            Cikgu Junaida bt Johari

           Pada tahun 2011 pula, pengurusan SPBT diambil alih oleh Ustazah Siti Aisyah. Semasa pengurusan  spbt oleh Ustazah Siti Aisyah berlaku perubahan besar terutama dari segi struktur bilik BOSS. Ia telah memohon kepada pihak pentadbir untuk mengubahsuai bilik BOSS iaitu menambah tail dan membina bilik pelupusan dalam bilik BOSS. Berikutan itu bilik pelupusan lama telah dipindahkan ke bilik BOSS yang baru.Justeru itu pengurusan SPBT semakin mudah dijalankan.

                             

          Ustazah Siti Aishah binti Kamardin

               Setelah setahun,iaitu pada tahun 2012 Ustaz Abu Bakar bin Masom pula telah ditugaskan  mengurus SPBT. Ustaz Abu Bakar telah meneruskan usaha-usaha pengurusan spbt dengan baik.Ketika itu sisitem eGOOGLE  diperkenalkan.Sistem ini merupakan sebuah laman  untuk memudahkan guru SPBT berhubung dengan guru SPBT sekolah lain mengenai apa-apa maklumat SPBT seperti maklumat lebihan dan kekurangan buku untuk diambil pakai.
Ustaz Abu Bakar bin Masom

       Pada tahun 2014, sekali lagi Ustazah Norijah binti Sataris sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bilik BOSS. Lokasi bilik BOSS masih dikekalkan sehingga sekarang.

DASAR KELAYAKAN SPBT


DASAR KELAYAKAN SPBT

Pemberian pinjaman buku teks SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.Dasar kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT.


             Pada 7 September 2007,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan dan SAR berkuat kuasa mulai 1 Januari  2008 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil .11/2007-Lampiran 1)      

Pengenalan

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. Pada mulanya SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.  Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.

         Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan  pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira  taraf  kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan  diagihkan kepada semua murid khususnya.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF SPBT


MATLAMAT SPBT

Memastikan semua murid warganegara Malaysia di Sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SAR dapat menikmati pendidikan percuma melalui SPBT.

OBJEKTIF

●  Meringankan beban keewangan yang ditanggung oleh
    ibubapa atau penjaga
● Memastikan murid warganegara Malaysia menerima buku

    teks SPBT pada hari pertama sesi baru persekolahan bermula.

MISI, VISI, MOTTO UNIT SPBT SKDML

VISI SPBT
Mewujudkan unit SPBT Sekolah Kebangsaan Dato, Maharaja Lela yang cekap,berkesan dan cemerlang

MISI SPBT
Mengurus dan melaksananakan SPBT sekolah dengan berhemah,dedikasi dan amanah

MOTTO SPBT

Buku disayang ilmu disanjung

UNTAIAN KATA PENYELARAS UNIT SPBT SKDML


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada dasarnya kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bermula dari buku. Buku ibarat kunci kepada kejayaan seseorang. Manakala buku adalah datangnya dari pengurusan BOSS yang cemerlang.
        Walaupun kini pengurusan BOSS banyak dibantu dengan kemudahan baru seperti SISTEKS  BBT, eSPBT, eMATEKS dan lain-lain lagi bagi merengankan tugasan guru SPBT namun ia memerlukan pengurusan masa,tenaga dan kecekapan bagi melaksanakannya. Pihak kami percaya pelaksanaan sistem BOSS SK Dato’ Maharaja lela mampu mengorak langkah dan memikul tanggungjawab ke arah  pengurusan BOSS dengan cemerlang.Oleh itu kerjasama dan kometmen yang bersungguh-sungguh dari kalangan pentadbir dan semangat kerja berpasukan oleh ahli jawatankuasa yang mantap amat diperlukan.
            Akhir kata, saya amat berterimakasih dan bersyukur atas keikhlasan hubungan erat dari kalangan pentadbir,guru-guru,jawatankuasa SPBT,ahli kelab SPBT dan pengawas SPBT yang mampu merialisasikan pengurusan SPBT dengan cemerlang.


-------------------------
Norijah binti Sataris

(Penyelaras Unit SPBT SKDML)     

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG



Sekapur sireh seulas pinang


Assalamualaikum W.B.
Tahniah dan syabas  diucapkan kepada Unit  SPBT Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela terutamanya kepada penyelaras SPBT,Ustazah Norijah binti Sataris dan jawatankuasa BOSS kerana telah berjaya  merialisasikan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks dengan jayanya.
                     BOSS yang cemerlang melambangkan pengurusan yang mantap dan berkesan. Berkat kerjasama yang disumbangkan mencerminkan kesepaduan,kerjasama dan iltizam kearah mewujudkan satu budaya yang cekap,berintegriti dan amanah.Kecekapan pengurusan SPBT di bawah unit ini diharapkan dapat mengurangkan kadar kerosakan dan seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat buku teks di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan bagi menggantikan buku yang rosak pada setiap tahun.
            Akhir kata saya berharap semua ahli Jawatankuasa SPBT dapat berkerjasama dengan lebih gigih lagi ke arah pengurusan SPBT yang lebih cemerlang.



-------------------------------------
Pn. Norliah binti Abu Hassan
(GPK HEM SKDML)

SEJAMBAK KATA SETULUS HATI




Sejambak Kata Setulus Hati

Assalamualaikum W.B. dan salam sejahtera
Syukur ke hadrat Allah yang maha esa kerana dengan izinnya unit HEM, bahagian SPBT  berjaya menerbitkan sebuah “Buku Dokumentasi” yang memberi manfaat kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.
           Pada dasarnya,Kementerian Pendidikan Malaysia amat perihatin  kepada usaha-usaha kearah menjana kecemerlangan pendidikan negara.Justeru itu saya amat menyokong usaha untuk memantapkan kecekapan pengurusan SPBT bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada murid supaya mampu memberi impak yang positif kepada bidang pendidikan negara.
          Penerbitan buku dokumentasi ini mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan SPBT sekolah diurus dengan cekap dan berkesan,selain itu buku dokumentasi ini adalah sebagai merakam segala maklumat dan aktiviti mengikut kronologi.
           Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku dokumentasi ini.Adalah diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengurusan SPBT.Sesungguhnya Kometmen dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Sekian terimakasih



------------------------------
En Mohd Rozali bin Awang Soh
(Guru Besar SKDML) 

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH


Sejarah ringkas Sekolah

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Bukit Cherakah yang ditubuhkan pada 1921.Pada peringkat awal penubuhan bangunan ini tidak sempurna.Ia hanya dibuat daripada kayu,bertiang nibung dan beratap zing. Jumlah muridnya tidak ramai iaitu 20 orang sahaja.

         Sekolah ini semakin berkembang pada tahun 1929. Sebuah bangunan yang mengandungi dua bilik darjah,sebuah bilik guru dan sebuah bilik bacaan telah didirikan.Bangunan ini dibuat daripada bangunan batu, papan,dinding bertam yang dianyam dan beratap zing. Jumlah muridnya bertambah menjadi 62 orang. Pada tahun 1929 sekolah  ini bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Cherakah. Kesedaran kepada pendidikan di kalangan penduduk masyarakat setempat menjadikan jumlah murid meningkat menjadi 200 orang dari tahun 1920 sehingga 1940an.

           Pada tahun 1965,bangunan yang ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai lalu pihak sekolah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.

          Pada tahun 1969 sekali lagi nama sekolah bertukar iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.Ia adalah cadangan dari salah satu lembaga pengurus sekolah.Ia adalah diambil nama sempena nama Orang Besar Jeram. Penukaran ini adalah bagi mencari identiti kelima-lima kampung yang ada iaitu Kampung Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kuching Tengah,Kampung Bukit Kuching Hilir, Kampung Bukit Hijau dan Kampung Parit Mahang di mana muridnya juga datangnya dari kelima-lima kampung ini.

             Pada tahun 1970 bangunan dua tingkat telah didirikan . Bangunan ini terdiri dari empat bilik darjah,sebuah bilik guru,sebuah stor dan sebuah pejabat, Namun bangunan ini juga tidak dapat menampung jumlah murid seramai 1271 untuk menampung satu sesi persekolahan. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar En Ghafar bin Baba pada hari sabtu bersamaan 28 ogos 1971.
    
     Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1980 sebuah bangunan yang mengandungi 5 bilik darjah dan dua bilik tandas murid telah didirikan. Pada masa yang sama juga sekolah ini mendapat sebuah bangunan kantin. Pada tahun 1987 sekolah ini telah mendapat bantuan bangunan sekolah sementara yang bernilai RM50,000 .Bangunan ini menempatkan sebuah surau,sebuah bilik muzik dan sebuah bilik Pusat Sumber Sekolah. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1989 pihak sekolah mendapat bantuan bangunan sementara yang memuatkan lima bilik darjah .Pada tahun 1985 murid-murid sekolah ini telah berkurangan kerana murid dari penduduk Kampung Parit Mahang dan penduduk sekitarnya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Parit Mahang yang baru ditubuhkan.





SELAMAT DATANG

Selamat Datang dan Salam Muhibbah....

Blog ini dibina bagi memperkenalkan Unit SPBT Sek. Keb. Dato Maharaja Lela, Jeram, Selangor. Dengan demikian itu, maka semua khususnya warga pendidik SKDML juga warga sekolah SKDML dapat merujuk blog ini mengenai perancangan, aktiviti dan perjalanan program Unit SPBT SKDML.

Semoga blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak selain dapat membantu mana-mana pihak untuk mendapatkan maklumat khususnya berkaitan dengan Unit SPBT SKDML.

Sekian, Salam Perkenalan.